Zaman Federer sudah berakhir? - Utusan Malaysia

Zaman Federer sudah berakhir?

ROGER Federer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Impian Roger Federer untuk merangkul kejuaraan Wimbledon buat kali kesembilan berkecai selepas disingkirkan oleh pemain yang 16 tahun lebih muda daripadanya, Hubert Hurkacz pada suku akhir hari ini.

Legenda tenis Switzerland itu tumpas 3-6, 6-7 (4/7), 0-6 kepada pilihan ke-14 dari Poland, Hurkacz yang melangkah ke separuh akhir Grand Slam pertamanya.

Buat kali pertama sepanjang penyertaannya di Wimbledon, Federer, pemilik 20 kejuaraan utama tewas menerusi straight-set, malah kemampuannya menimbulkan persoalan selepas kalah 0-6 di set terakhir.

Hurkacz, 24, kini akan menentang pilihan ketujuh, Matteo Berrettini dari Itali esok untuk memburu tiket final pertamanya di Kelab All England.

HUBERT Hurkacz meraikan kejayaan menewaskan Roger Federer pada suku akhir Wimbledon di London hari ini. – AFP

Berrettini mara ke separuh akhir Wimbledon buat kali pertama selepas menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-3, 5-7, 7-5, 6-3.

“Ia kemenangan yang amat istimewa. Bermain di sini dan menentang bintang hebat seperti Federer ibarat impian menjadi nyata,” kata Hurkacz, yang muncul pemain lelaki Poland kedua melayakkan diri ke separuh akhir Grand Slam.

Hurkacz baru berusia enam tahun ketika Federer memenangi gelaran pertamanya di Wimbledon pada 2003.

Pada usia 39 tahun, 337 hari, Federer merupakan pemain paling tua berjaya melangkah ke separuh akhir Wimbledon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya