Pengorbanan 4 tahun musnah angkara Covid-19 - Utusan Malaysia

Pengorbanan 4 tahun musnah angkara Covid-19

AMBER HILL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas lima tahun bekerja keras, penembak No. 1 dunia, Amber Hill hilang kata-kata apabila terlepas untuk menyertai Sukan Olimpik 2020 gara-gara positif Covid-19.

Hill, 23, yang menjadi sandaran Great Bri­tain untuk memenangi pingat emas skeet wanita berkata, hatinya luluh selepas dijangkiti virus berkenaan.

Selain Hill, tiga atlet antarabangsa lain juga terpaksa ‘menyerah kalah’ sebelum temasya bermula gara-gara positif Covid-19.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya ketika ini. Selepas lima tahun menjalani latihan dan persediaan, saya amat kecewa bila diberitahu saya positif Covid-19.

“Saya tidak me­nunjukkan gejala tapi terpaksa menarik diri dari skuad menembak kebangsaan. Saya mahu ucap selamat maju jaya kepada kontinjen Great Britain di Olimpik Tokyo,” kata Hill.

Atlet taekwondo Chile, Fernand Aguirre turut kempunan untuk beraksi di Tokyo selepas disahkan positif sebaik saja tiba di Jepun.

“Fernand tiada simptom dan sihat, namun dia bernasib malang apabila tidak dapat bertanding kerana Jepun mengenakan 10 hari kuarantin kepadanya,” kata pegawai kontinjen Chile.

Situasi sama turut berlaku kepada atlet papan selaju Belanda, Candy Jacobs dan pemain pingpong Republik Czech, Pavel Sirucek yang dinasihatkan menarik diri selepas dijangkiti virus tersebut. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya