Kelantan FC kalah lagi - Utusan Malaysia

Kelantan FC kalah lagi

PEMAIN Kelantan FC (baju merah) ketika menentang Terengganu FC II dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC terus berduka lara apabila tewas 0-2 kepada Terengganu FC II (TFC II) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kekalahan itu menjadi mimpi ngeri kedua buat skuad kendalian Marco Ragini dalam tempoh seminggu selepas tumbang 1-2 di tangan PDRM FC, Rabu lalu.

Pada perlawanan itu, TFC II terlebih dahulu merobek kubu tuan rumah menerusi rembatan deras Jordan Mintah pada minit kelapan selepas menerima hantaran lambung dari rakan sepasukan.

Kelantan FC kembali mengatur gerak selepas itu untuk mendapatkan jaringan penyamaan, namun ketumpulan penyudah membantutkan impian tersebut.

Ketika TRW ghairah menyerang, TFC hadir dengan satu peluang keemasan untuk menambah jaringan pada minit ke-25 menerusi rembatan Muhammad Alif Zakaria, namun Mohamad Faridzuen Kamarudin berjaya menepis keluar bola tersebut daripada membolosi gawang gol Kelantan FC.

AKSI pemain Kelantan FC ketika menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. – IHSAN TRW KELANTAN FC

Menuju minit-minit akhir perlawanan, Kelantan FC sekali lagi terlepas peluang mendapatkan jaringan penyamaan apabila sepakan percuma Mario Arques terkena benteng pelawat dan keputusan itu kekal hingga mata perlawanan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, TRW terlepas peluang mengikat kedudukan pada minit ke-58, namun Nurshamil Abd. Ghani gagal mencuri kesempatan kekalutan di dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol.

Kelantan FC terus ‘bernafsu’ untuk mendapatkan jaringan penyamaan namun sekali lagi dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Bagaimanapun, TFC II sekali-sekala tetap mengancam kubu pertahanan tuan rumah menerusi beberapa gerak menarik namun gagal disempurnakan dengan baik.

Derita Kelantan FC terus berpanjangan apabila Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali menambah jaringan kedua TFC II pada minit ke-79.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan TRW terus kempunan meraih mata penuh minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya