Jom sertai kejohanan Mobile Legends! - Utusan Malaysia

Jom sertai kejohanan Mobile Legends!

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia menawarkan habuan berjumlah RM30,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain amatur tempatan yang berhasrat menjadi profesional kini berpeluang berbuat demikian apabila penyertaan Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia kini sudahpun dibuka sebelum ia ditutup pada 25 Julai ini.

Kejohanan yang dibawakan oleh platform e-sukan terkemuka tanah air, Whales Esports Sdn. Bhd. itu bertujuan melahirkan bakat-bakat e-sukan bertaraf profesional antarabangsa, selaras dengan slogan pertandingan tersebut iaitu ‘Road to Pro’.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Morgan LB berkata, kejohanan bagi musim pertama itu merupakan sebahagian daripada ekosistem e-sukan menerusi permainan video telefon pintar terkemuka, Mobile Legends.

“Menerusi kejuaraan ini, kami komited untuk menerajui komuniti e-sukan dan membuka peluang kepada pemain amatur untuk merasai debaran serta menimba pengalaman daripada kejuaraan e-sukan berskala besar yang unik dan menarik.

“Penganjuran ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri e-sukan seperti penerbit, krew produksi, penyiar, penganalisa dan sebagainya.

“Kami juga berharap dapat menyatukan peminat e-sukan untuk hadir bersama menyaksikan secara dalam talian dan memberi sokongan kepada kumpulan negeri yang berusaha merebut gelaran juara dalam Kejohanan MLBB Malaysia musim pertama ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sesiapa berminat, boleh merujuk https://bit.ly/MMC21manual untuk pendaftaran bagi menyertai kejohanan yang menawarkan habuan berjumlah RM30,000 itu.

Untuk keterangan lanjut, sila layari https://www.mesf.gg/MMC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya