JDT tagih magis Da Silva - Utusan Malaysia

JDT tagih magis Da Silva

Bergson Da Silva (tengah) menunjukkan persembahan baik ketika membantu JDT menewaskan Selangor 3-1 dalam aksi terakhir Liga Super, Rabu lalu. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ayam tambatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva sekali lagi akan menjadi sandaran ketua jurulatih, Benjamin Mora untuk memastikan tiga mata berada dalam genggaman apabila menerima kunjungan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Penyerang kelahiran Brazil itu kembali mendapat sentuhan penyudahnya apabila membantu pasukan meraih kemenangan dengan menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang UiTM FC dan Selangor FC sebelum ini.

Mora memberitahu, persembahan memukau pemain berusia 30 tahun itu menjadi nadi buat jentera serangan Harimau Selatan menjadi lebih berbisa dan digeruni pasukan lawan.

“Seperti yang kita tahu, karier dia bersama JDT bermula dengan sangat baik namun apabila pasukan menyertai kejohanan Liga Juara-juara Asia (ACL) bulan lalu, dia berdepan kesukaran untuk merekodkan sebarang jaringan dan kemarau gol.

“Namun kini, nampaknya dia sudah mula menemui sentuhan ketika berdepan UiTM minggu lalu. Permainannya semalam juga lebih berkeyakinan apabila banyak membuat larian, memberi tekanan kepada pemain lawan serta banyak membuat percubaan.

“Jadi, kita harap dia dapat mengekalkan rentak ini seterusnya memberi impak positif buat pasukan untuk beraksi dengan lebih baik mengharungi baki tujuh perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, Mora turut melemparkan pujian kepada terhadap pemain simpanan yang menunjukkan kesungguhan dan membayar kepercayaan yang diberikan dengan melaksanakan tugas dengan baik.

Katanya, Mohamadou Sumareh yang dimasukkan pada babak kedua berjaya memahatkan nama dalam senarai penjaring sekali gus memastikan JDT membawa pulang tiga mata selain melebarkan kedudukan kepada enam mata di hadapan pencabar terdekat, Terengganu FC.

“Tiada istilah pemain pilihan dalam kamus pengurusan saya dan pemilihan bagi kesebelasan pertama adalah mengikut siapa yang berada di tahap terbaik ketika itu.

“Tidak mustahil mereka yang diletakkan di bangku simpanan sebelum ini berada di senarai pemain utama apabila berjaya menyakinkan saya bahawa mereka berada di prestasi terbaik dan mampu menggalas tugas dengan cemerlang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya