‘Ini permulaan untuk jadi pemain lebih sempurna’ - Utusan Malaysia

‘Ini permulaan untuk jadi pemain lebih sempurna’

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain No.1 negara, Lee Zii Jia menyifatkan kekalahan di pusingan 16 akhir Sukan Olimpik Tokyo bukan pengakhiran buatnya, sebaliknya dia akan bangkit pada masa akan datang untuk menjadi pemain lebih sempurna.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Zii Jia tewas dalam aksi tiga set 21-8, 19-21, 5-21 kepada pemenang pi­ngat emas Sukan Olimpik Rio 2016 dari China, Chen Long.

Zii jia memberitahu, pada set pertama dia memang berkeyakinan dalam menga­wal permainan namun di set kedua dia banyak ketinggalan mata dan cuba untuk mengejar tetapi gagal.

Katanya, pada set ketiga, Chen Long mengubah taktikal permainan membuatkan dia sukar untuk membaca corak permainan yang ingin digunakan.

“Ini adalah Sukan Olimpik pertama saya, memang saya akui keputusan tidak cukup baik tetapi saya dapat rasakan saya sudah berikan yang terbaik di sini.

“Saya akan cuba perbaiki diri saya selepas ini dengan menjadi pemain lebih lengkap kerana tewas di sini bukan bermakna semuanya sudah tamat tetapi masa untuk perbaiki diri.

“Saya harap boleh berjuang lagi di Sukan Olimpik berikutnya tetapi saya perlu bekerja keras untuk kejohanan berikutnya,” katanya.

AARON Chia-Soh Wooi Yik akan meneruskan perjuangan badminton Malaysia petang ini.

Daripada tiga perak yang diraih di Rio 2016, badminton hanya berpeluang memburu sebutir pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan sandaran digalas sepenuhnya oleh pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Kekalahan Zii Jia semalam bermakna tradisi pingat yang diraih perseorangan lelaki dalam tiga temasya berturut-turut menerusi Datuk Lee Chong Wei gagal diteruskan.

Biarpun gagal pulang dengan pingat, aksi Zii Jia, 23, dalam penampilan sulung Sukan Olimpik memberi harapan buat Malaysia untuk menjadi pencabar di Paris 2024.

Menjadi wakil tunggal Malaysia meneruskan kemaraan, pasti tekanan hebatbuat Aaron-Wooi Yik apabila turun menentang juara dunia 2018, Li Jun Hui-Liu Yu hari ini.

Biarpun memiliki rekod buruk dengan pasangan China itu apabila tewas dalam semua lima pertemuan, namun kemenangan ke atas beregu No. 1 dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon semalam membuktikan tiada apa yang mustahil.

Tidak pernah mengalahkan Kevin-Marcus dalam tujuh pertemuan terdahulu, Aaron-Wooi Yik menumbangkan pasangan Indonesia itu dengan meyakinkan 21-14, 21-17 untuk mara ke separuh akhir beregu lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya