Guinea tarik diri Olimpik 2020 - Utusan Malaysia

Guinea tarik diri Olimpik 2020

SUKAN OLIMPIK 2020 Tokyo akan bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONAKRY: Guinea membatalkan penyertaannya dalam Sukan Olimpik 2020 Tokyo kerana pandemik Covid-19, umum Kementerian Sukan negara Afrika itu semalam.

Bagaimanapun sumber rapat kerajaan di Conakry berkata, keputusan tidak menghantar lima atlet ke temasya tersebut disebabkan kekangan kewangan.

“Berikutan peningkatan varian Covid-19, kerajaan mengambil serius terhadap kesihatan atlet Guniea dan membuat keputusan berat untuk membatalkan penyertaan Guinea di Olimpik Tokyo,” kata Menteri Sukan, Sanoussy Bantama Sow dalam surat yang ditulis kepada Presiden Majlis Olimpik Guinea.

Sumber menjelaskan, keputusan itu bagaimanapun hanya diambil dua hari sebelum majlis pembukaan di Tokyo, kerana pihak kementerian tidak dapat menampung perbelanjaan mereka.

SUKAN Olimpik 2020 hanya menghitung hari sebelum dibuka secara rasmi esok.

Laporan media Guinea turut mendakwa penarikan diri adalah disebabkan masalah kewangan berbanding alasan kesihatan yang diberikan. Negara itu tidak pernah memenangi pingat dalam 11 penampilan di Olimpik.

Lima atlet terpilih dari negara itu antaranya Fatoumata Yarie Camara (gusti bebas), Mamadou Samba Bah (judo), Fatoumata Lamarana Toure dan Mamadou Tahirou Bah (renang) dan Aissata Deen Conte (olahraga, 100m wanita).

Pada April lalu, Korea Utara mengumumkan tidak akan menyertai saingan Olimpik Tokyo bagi ‘melindungi’ atlet mereka daripada risiko melibatkan pandemik Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.