Gugup musuh pertama Syaqiera - Utusan Malaysia

Gugup musuh pertama Syaqiera

SYAQIERA MASHAYIKH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gementar menjadi musuh pertama bagi pemanah recurve negara, Syaqiera Mashayikh selepas mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, kurang sebulan menjelang temasya tersebut berlangsung.

Jelas pemanah berusia 21 tahun itu, ini kerana dia belum pernah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan mahupun Sukan Malaysia (Sukma).

Sambil menganggap ia umpama bulan jatuh ke riba, atlet dari Segamat, Johor itu berkata, fikirannya kini tertumpu kepada latihan dan membina keyakinan diri sebelum berangkat ke Jepun.

“Saya masih terkejut dengan keputusan ini dan berbangga terpilih untuk mewakili negara ke sana. Terus terang saya katakan, saya sangat gementar.

“Saya belum pernah menang emas di kejohanan kebangsaan atau Sukma, malah aksi kelayakan Olimpik dan Piala Dunia Peringkat Ketiga di Paris baru-baru ini adalah penampilan sulung saya di pentas antarabangsa.

“Jadi untuk hilangkan debaran ini saya mahu fokus dalam latihan dan tingkatkan teknik memanah untuk mendapatkan keyakinan menjelang Olimpik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Syaqiera melengkapkan senarai 26 atlet Malaysia yang layak bertanding dalam temasya tersebut setakat ini, yang akan bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan bersama pemain golf wanita No. 1 negara, Kelly Tan.

Mengulas lanjut, Syaqiera yang juga penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, dia meletakkan sasaran untuk melepasi pusingan pertama terlebih dahulu dalam temasya berprestij dunia itu.

“Saya tahu tahap saya di mana dan cabaran sengit menanti di sana. Kalau dapat lepas pusingan pertama dah rasa sangat bersyukur sebab semasa kelayakan di Paris tempoh hari, saya terkandas di pusingan pertama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya