Emas, perak atau gangsa? Tunggu Jumaat ini - Utusan Malaysia

Emas, perak atau gangsa? Tunggu Jumaat ini

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sasaran pingat di Sukan Olimpik 2020 Tokyo dijangka diumumkan seawal Jumaat ini, iaitu seminggu sebelum temasya membuka tirai pada 23 Julai depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau perlu membentangkan kepada Kabinet mengenai persediaan kontinjen negara ke Tokyo.

“(Sasaran pingat akan diumum) dalam tempoh seminggu sebelum Olimpik bermula iaitu jika kita tolak 23 Julai kepada tujuh hari, ia bersamaan 16 Julai,” katanya pada Majlis ­Amanat Perdana kepada Kontinjen ­Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, semalam.

Beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM),

Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berhubung perkara tersebut.

Kelmarin, Reezal Merican memberitahu, badminton, berbasikal dan terjun kekal menjadi sandaran Malaysia untuk me­raih pingat di Olimpik ­Tokyo.

Pelumba berbasikal, Azizulhasni Awang yang meraih gangsa keirin di Rio sekali lagi menjadi sandaran.

Dalam masa sama, Reezal Merican berharap setiap atlet mengelak daripada tersenarai dalam kontak rapat pesakit Co­vid-19 ketika berada di Tokyo.

“Walaupun tidak dijangkiti tetapi menjadi kontak rapat juga mungkin boleh berdepan kemungkinan gagal menyertai temasya ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya