Djokovic kekal terbaik dunia - Utusan Malaysia

Djokovic kekal terbaik dunia

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Novak Djokovic yang baru dinobat sebagai juara Wimbledon buat kali keenam mengekalkan kedudukan No. 1 dunia bagi ke-329 selepas memenangi Grand Slam ketiganya itu tahun ini.

Dalam ranking terbaharu Persatuan Tenis Profesional (ATP) hari ini, bintang Serbia itu yang sebelum ini turut memenangi Terbuka Australia dan Perancis meninggalkan pesaing terdekatnya, Daniil Medvedev dari Rusia dengan kelebihan hampir 2,000 mata.

Pemain Itali, Matteo Berrettini yang tewas kepada Djokovic pada final Wimbledon, naik satu anak tangga ke kedudukan kelapan, manakala Roger Federer yang pernah bergelar pemain No. 1 dunia selama 310 minggu jatuh ke tempat kesembilan.

Hubert Hurcacz yang menyingkirkan Federer untuk mara ke separuh akhir Wimbledon sekali gus menjadi pemain Poland sampai ke peringkat itu, melonjak tujuh anak tangga dari tempat ke-18 kepada 11. – AFP

RANKING DUNIA ATP

1. Novak Djokovic (SRB) 12,113 mata

2. Daniil Medvedev (RUS) 10,370

3. Rafael Nadal (ESP) 8,270

4. Stefanos Tsitsipas (GRE) 8,150

5. Alexander Zverev (GER) 7,475 (+1)

6. Dominic Thiem (AUT) 7,425 (-1)

7. Andrey Rublev (RUS) 6,255

8. Matteo Berrettini (ITA) 5,488 (+1)

9. Roger Federer (SUI) 4,215 (-1)

10. Denis Shapovalov (CAN) 3,625 (+2)

11. Hubert Hurkacz (POL) 3,163 (+7)

12. Diego Schwartzman (ARG) 3,060 (-1)

13. Pablo Carreno (ESP) 2,940

14. Roberto Bautista (ESP) 2,765 (-4)

15. Felix Auger-Aliassime (CAN) 2,738 (+4)

16. Casper Ruud (NOR) 2,725 (-2)

17. Alex De Minaur (AUS) 2,690 (-2)

18. Christian Garin (CHI) 2,610 (+2)

19. Gael Monfils (FRA) 2,603 (-2)

20. David Goffin (BEL) 2,500 (-4)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN