LONDON: Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic menumpaskan pemain Itali Matteo Berrettini 6-7(4) 6-4 6-4 6-3 untuk merangkul gelaran keenamnya di Wimbledon, sebentar tadi.
Kejayaan tersebut membolehkan pemain Serbia itu semakin hampir memenangi semua empat gelaran dalam kalendar Grand Slam sejak 1969.
Lebih manis, kemenangan itu juga menyamai pencapaian 20 gelaran kejuaraan utama yang dimenangi Rafael Nadal dan Roger Federer.
Sudahpun memenangi Terbuka Austrlia serta Terbuka Perancis pada 2021, dengan kini Wilbledon, Djokovic hanya memerlukan kemenangan keempat Grand Slam semusim, sekali gus muncul pemain lelaki ketiga dalam sejarah selepas Don Budge (1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969).
Begitupun, jika Djokovic, yang memiliki 85 gelaran dalam kariernya, memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, dia akan menjadi pemain lelaki pertama memenangi ‘Golden Grand Slam’.- AGENSI