Demi Malaysia bakar semangat atlet Olimpik - Utusan Malaysia

Demi Malaysia bakar semangat atlet Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara rasminya semalam memperdengarkan Demi Malaysia sebagai lagu tema bagi membakar semangat juang atlet kebangsaan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, komposisi lagu tersebut merupakan manifestasi iltizam dan semangat seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara dalam apa jua keadaan.

Lagu hasil ciptaan Zimi dengan lirik daripada Jerry itu, dinyanyikan oleh tiga artis popular tanah air iaitu Datuk Awie, Jacklyn Victor dan Naim Daniel.

“Pemilihan ketiga-ketiga artis tersebut dibuat berdasarkan keunikan suara yang bersesuaian dengan konsep lagu yang digubah selain populariti mereka dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Lagu dan lirik pula digubah untuk menyuntik semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia
agar sederap dan selangkah memberi sokongan kepada atlet kita.

“KBS turut mendapat kerjasama serta sokongan kumpulan penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia iaitu Ultras Malaya untuk memuatkan chant ‘Demi Malaysia’ dalam gubahan lagu ini,” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini.

Demi Malaysia diilhamkan daripada semangat juang atlet negara yang bakal beraksi di Olimpik Tokyo pada 23 Julai hingga 8 Ogos nanti.

Dalam masa sama, Reezal Merican turut merakamkan penghargaan kepada komposer, penulis lirik serta barisan penyanyi terkenal yang menghidupkan jiwa lagu ini.

“Beliau juga menghargai sokongan Ultras Malaya yang bersama-sama membangkitkan semangat rakyat Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya