Boleh datang sekolah lewat untuk tengok Euro - Utusan Malaysia

Boleh datang sekolah lewat untuk tengok Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Murid sekolah rendah di England dibenarkan masuk lewat ke sekolah pada keesokan hari untuk membolehkan mereka menonton final Euro 2020 menentang Itali, Isnin ini.

Pihak sekolah memberitahu ibu bapa, anak-anak mereka tidak akan didenda jika terlepas sebarang mata pelajaran kerana terlewat hadir ke sekolah.

Keputusan itu diambil selepas Downing Street sebelum ini mendesak majikan agar bersikap fleksibel dan membiarkan pekerja yang ‘mamai’ kerana menonton perlawanan sehingga lewat malam dibenarkan masuk lambat atau mengambil cuti andai England merangkul kejuaraan.

Perlawanan akan tamat pada pukul 10 malam jika pemenang ditentukan dalam 90 minit permainan, namun ia boleh berlarutan sehingga 11 malam sekiranya aksi diheret ke masa tambahan atau sepakan penalti.

Pemain tengah England, Declan Rice menyampaikan berita baik itu kepada murid-murid di sekolah Little Parndon di Harlow, Essex dalam sebuah video ringkas.

“Saya hanya ingin memberitahu anda bahawa Mr Evans (guru besar Little Parndon) membenarkan anda datang lewat pada Isnin sehari selepas pertandingan pada  Ahad.

“Terima kasih semua kerana menyokong, kami sangat menghargainya dan mudah-mudahan saya dapat berjumpa anda semua satu hari nanti,” kata Rice.

Sekolah Rendah Broseley di Dark Lane, Broseley, Shropshire antara puluhan sekolah lain yang turut memberitahu ibu bapa bahawa mereka boleh membawa anak-anak datang lewat pada Isnin jika mahu menonton perlawanan England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya