Barty tamatkan penanti 41 tahun Australia, rangkul trofi Wimbledon - Utusan Malaysia

Barty tamatkan penanti 41 tahun Australia, rangkul trofi Wimbledon

ASHLEIGH Barty kisses the winner's Venus Rosewater Dish meraikan kejayaan muncul juara Wimbledon selepas menewaskan Karolina Pliskova di London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain No. 1 dunia, Ashleigh Barty merangkul kejuaraan Wimbledon pertamanya selepas menumpaskan pemain Republik Czech, Karolina Pliskova, 6-3, 6-7 (4/7), 6-3 sebentar tadi.

Barty, 25, muncul pemain Australia pertama merangkul gelaran perseorangan Wimbledon sejak Evonne Goolagong Cawley melakukannya pada 1980, iaitu 41 tahun lalu.

Menjadikan Cawley idolanya, Barty pemain pakaian khas versi Cawley sempena ulang tahun ke-50 legenda Australia itu merangkul gelaran Grand Slam pertama pada 1971.

Ini adalah kejuaraan Grand Slam kedua buat Barty selepas menjuarai Terbuka Perancis 2019.

“Saya harap saya membuatkan Evonne bangga,” kata Barty.

Barty menjadi pemain wanita pertama memenangi perlawanan akhir menerusi tiga set sejak 2012 ketika Serena Williams mengalahkan pemain Poland, Agnieszka Radwanska. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN