Azzurri lebih menggerunkan - Utusan Malaysia

Azzurri lebih menggerunkan

PEMAIN Itali menjalani latihan di Stadium The Hive, London semalam menjelang aksi separuh akhir Euro 2020 menentang Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Dari legenda Jerman, ­Jurgen Klinsmann, jurulatih terhebat, Jose Mourinho sehinggakan penerima pertaruhan. Kebanyakannya memilih Itali akan menumpaskan Sepanyol dalam separuh akhir Euro 2020 esok.

Biarpun Sepanyol turun de­ngan reputasi juara tiga kali dan Itali pula gagal ke Piala Dunia 2018, selain sudah 53 tahun tidak mendakap kejuaraan Eropah, namun prestasi konsisten anak-anak buah Roberto Mancini meletakkan mereka sebagai calon juara.

ITALI PILIHAN JUARA
Mancini memiliki bahagian tengah terbaik berbanding jurulatih lain dalam Euro 2020. Dari Jorginho, Marco Verratti dan Nicolo Barella, semua cemerlang, begitu juga pemain simpanan, Manuel Locatelli yang mudah mendapat rating ‘5 bintang’ bila-bila masa dibawa masuk.

Sekalipun jarang disenarai dalam kesebelasan utama, Locatelli membuktikan dia mampu merubah taktikal Azzurri dalam sekelip mata sebaik saja dima­sukkan.
Selain mampu menguasai permainan dengan baik dan memberi tekanan tanpa henti, Itali memiliki barisan seimbang dari skuad utama hingga pemain simpanan.

SERANGAN MENGANCAM
Lorenzo Insigne antara penyerang terbaik Euro 2020, dan jaringannya menentang Belgium membuktikan betapa bahaya bintang Napoli berusia 30 tahun itu.

Bagaimanapun daripada 11 gol yang dihasilkan dalam lima aksi Euro, Itali memiliki enam penja­ring berbeza. Insigne, Lo­catelli, Ciro Immobile dan Matteo Pessina masing-masing meledak dua gol.

LORENZO Insigne (tengah) bergurau dengan rakan sepasukan dalam sesi latihan di London semalam. – AFP

Turut mencetak nama sebagai penjaring Barella dan Federico Chiesa.

“Kami mengharungi perlawanan hebat setakat ini, namun semua hasil kerja keras jurulatih dua tahun lalu. Idea dan kesabarannya membawa kami ke tahap ini,” kata Chiesa.

Itali juga katanya memburu keputusan terbaik untuk dihadiahkan buat pertahanan, Leonardo Spinazzola yang terpaksa disisihkan setahun akibat koyak Achilles Tendon ketika menentang Belgium di suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya