'Atlet perlu sokongan bukan kecaman' - Utusan Malaysia

‘Atlet perlu sokongan bukan kecaman’

REAKSI Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon ketika menentang pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich semalam. - KAMARUL AKHIR/ASIANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikon badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei kesal dengan ‘serangan’ yang diterima oleh pemain badminton negara selepas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tersingkir daripada Sukan Olimpik ekoran kekalahan kedua berturut-turut yang dialami beregu campuran negara itu semalam.

Pasangan wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut menerima banyak komen negatif di media sosial selepas kekalahan kepada beregu tuan rumah, Fukushima Yuki-Hirota Sayaka Yean 17-21, 21-15, 21-8.

Chong Wei yang juga Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyeru peminat agar memberi sokongan kepada semua atlet Malaysia yang sedang berjuang dan bukan mengeluarkan komen yang menurunkan moral mereka.

Pemenang tiga pingat perak Olimpik itu berkata, sebagai bekas rakan sepasukan, beliau kecewa membaca begitu banyak komen negatif yang ditulis di media sosial selepas Peng Soon-Liu Ying tewas kepada beregu Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich 12-21, 15-21.

“Saya amat terasa… Apa yang mahu saya katakan ialah, saya kenal mereka. Mereka turun ke gelanggang dengan hanya satu tujuan, satu sasaran. Untuk menang perlawanan demi bendera di dada, untuk buatkan kita bangga.

“Tiada atlet yang mahu kalah. Tetapi itulah kenyataan, setiap perlawanan, pasti ada yang kalah, ada yang menang. Kadang-kadang ia bukan hari kita. Yang layan depan TV pun dah kena sakit dada dan kecewa, apatah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah kita sepatutnya terus menyokong mereka?

“Tiada siapa yang mahu turun gelanggang dan kalah. Pemain-pemain ini pernah bawakan kegembiraan. Jangan kutuk dan tinggalkan mereka apabila mereka kalah satu perlawanan. Sokonglah mereka. Sokong Malaysia,” tulis Chong Wei dalam media sosial.

Dalam hantaran yang penuh emosi itu, Chong Wei turut meninggalkan pesanan: ” Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, pemain muda, saya bangga dengan kamu. Rakyat Malaysia yang sejati, bangga dengan anda.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.