Atlet negara dalam ‘gelembung selamat’ - Utusan Malaysia

Atlet negara dalam ‘gelembung selamat’

REEZAL Merican Naina Merican meninjau persiapan Malaysia Aviation Group yang akan membawa atlet negara ke Sukan Olimpik Tokyo di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Sepang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican yakin kontinjen Malaysia berada dalam ‘gelembung selamat’ apabila melakukan perjalanan ke Tokyo untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan tinjauan yang dilakukannya sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melihat persiapan Malaysia Aviation Group (MAG) yang membawa atlet negara ke Tokyo.

Beliau berpuas hati dengan protokol ke­selamatan yang digunakan MAG dalam menguruskan atlet serta pegawai Malaysia yang terlibat dalam temasya 23 Julai hingga 8 Ogos itu.

Pasukan pelayaran menjadi kumpulan pertama atlet negara berlepas ke Tokyo minggu lalu dan beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga sudah berada di Jepun bagi menjalankan kerja pentadbiran.

Beliau memuji prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 MAG dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) yang terpe­rinci, mengambil kira pelbagai aspek bermula dari ketibaan sehingga persiapan kabin.

“Pelaksanaan SOP yang dikendalikan MAG di KLIA berjaya dengan kerjasama yang komprehensif pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan

Bencana Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen

“Ini memberi keyakinan kepada penumpang yang tiba di Malaysia dan jkepada pihak kerajaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya