Aksi Euro tak akan 'bertaburan' lagi - Utusan Malaysia

Aksi Euro tak akan ‘bertaburan’ lagi

SWITZERLAND pasukan paling malang kerana terpaksa melakukan perjalanan sejauh 15,485km sepanjang Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Euro 2020 ‘tidak adil’ buat peminat serta pasukan, dan badan bola sepak Eropah, UEFA tidak akan menganjurkan kejohanan di begitu banyak bandar raya pada masa akan datang.

Sempena ulang tahun ke-60 Euro, kejohanan kali ini diadakan di 11 buah bandar raya seluruh Eropah, situasi yang tidak menggembirakan banyak pasukan kerana perlu menempuh perjalanan jauh.

England paling mendapat manfaat daripada format pertandingan apabila hanya satu aksi mereka diadakan di luar kota London iaitu menentang Ukraine di Rome pada suku akhir.

“Saya tidak akan menyokongnya lagi. Saya fikir ia terlalu mencabar dengan cara yang tidak betul. Beberapa pasukan harus menempuh perjalanan lebih 10,000 kilometer dan yang lain 1,000km.

“Tidak adil bagi peminat juga yang harus berada di Rome seharian dan kemudian di Baku beberapa hari berikutnya. Ia memerlukan penerbangan empat jam,” kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin kepada BBC.

Aleksander Ceferin

Sekatan perjalanan akibat Covid-19 juga menafikan peluang ribuan peminat untuk menyokong negara mereka apabila beraksi di tempat lawan.

Saluran sukan Sepanyol, El Chiringuito pula mendakwa, kejohanan itu telah ‘dirancang’ untuk membolehkan England merangkul kejuaraan kerana skuad Three Lions sekali lagi akan beraksi di Stadium Wembley, London menentang Itali Isnin ini.

Pertahanan Wales, Chris Gunter sebelum ini membantah format Euro 2020 sejurus pasukannya tewas kepada Denmark pada pusingan 16 akhir di Amsterdam kerana mengharungi perjalanan sejauh 9,156km.

Dalam kalangan 24 pasukan, Switzerland paling malang kerana terpaksa menempuh perjalanan sejauh 15,485km keseluruhan, sementara Scotland mencatat jarak terpendek 1,108km setelah bermain dua dari tiga permainan mereka di Hampden Park. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya