8 pemain badminton diasingkan sehingga Olimpik - Utusan Malaysia

8 pemain badminton diasingkan sehingga Olimpik

REEZAL Merican Naina Merican meninjau latihan skuad badminton Malaysia yang akan beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enggan mengambil risiko, persiapan ‘tiptop’ namun atlet terpaksa digugurkan akibat Covid-19, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) diarah mengasingkan semua lapan pemain yang akan bertanding dalam Sukan ­Olimpik Tokyo.

Menteri Belia dan Sukan, ­Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, mereka di­asingkan bermula semalam sehingga skuad badminton berlepas ke Tokyo, 17 Julai depan.

Tegasnya, badminton antara prospek pingat Malaysia dalam temasya 23 Julai hingga 8 Ogos itu, dan seperti sukan lain, beliau mahu semua langkah berjaga-jaga diambil bagi memastikan tiada perkara malang berlaku disebabkan Covid-19 yang sedang mengganas.

“Hari ini saya meninjau persiapan badminton menjelang Sukan Olimpik. Ia berjalan rapi dan mereka mendapat soko­ngan penuh pasukan sains sukan serta perubatan ISN (Institut Sukan Negara) dan rakan-rakan sparring (sepelatih) yang memastikan pemain sentiasa dalam ­prestasi terbaik.

“Saya difahamkan pemain badminton sudah berada pada tahap 85 hingga 95 peratus sebelum sampai ke kemuncak.

“Saya juga pesan, selain ­aspek fizikal, psikologi serta latihan, mereka perlu melihat juga soal kesihatan dan ­keselamatan kerana kali ini kita akan menyertai Sukan Olimpik yang mempunyai protokol keselamatan amat tinggi berkaitan Covid-19.

“Selain kecergasan, strategi atau teknik, protokol ini pen­ting. Saya tidak mahu atlet kita hebat, berlatih gigih, berpotensi tapi malangnya dijangkiti.

“Saya minta MSN dan BAM diasingkan sama sekali lapan atlet ini bermula sekarang hingga berlepas iaitu 17 Julai,” katanya.

Menurut Reezal, badminton yang sudah menyumbang tujuh daripada 11 pingat Olimpik ­Malaysia sekali lagi menjadi sandaran di Tokyo.

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang meraih perak beregu campuran di Rio 2016 akan menge­tuai cabaran bersama Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wa­nita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita).

Turut hadir semalam, ­Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang juga Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya