Tunku Ismail berminat taja Hafizh - Utusan Malaysia

Tunku Ismail berminat taja Hafizh

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rezeki tidak pernah salah alamat.

Itu situasi Hafizh Syahrin Abdullah apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan minat untuk menjadi penaja kepada pelumba Moto2 negara itu.

Dalam sesi ‘tanya saya soalan’ di Instagram @hrhcrownprinceofjohor, TMJ mengakui perkara tersebut selepas diajukan pertanyaan sama ada beliau berminat untuk menaja Hafizh.

“Saya berminat,” balas TMJ ringkas menerusi laman sosial itu, semalam.

Instagram @Officialfanclubhafizhsyahrin kemudian membalasnya: “Menjunjung kasih Tuanku @hrhcrownprinceofjohor”.

Setakat ini, syarikat minyak pelincir, UMW Grantt International Sdn Bhd, menjadi penaja bagi pelumba dari Ampang itu, selain turut dibantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Difahamkan, bekas pelumba MotoGP itu mengeluarkan duit poket sendiri pada awal musim demi mengibarkan Jalur Gemilang di Kejuaraan Motosikal Dunia, tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pengurus NTS RW Racing GP, Jarno Janssen mengakui Hafizh ber­ada di landasan terbaik menjelang Grand Prix Catalan hari ini.

“Kami sudah sedia untuk melakukan peningkatan namun kami perlu melaksanakannya dengan lebih berhati-hati.

“Hafizh dan Barry Baltus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendapat kelajuan terbaik bagi esok,” kata Janssen.

Selepas mengharungi enam perlumbaan musim ini, Hafizh mengutip lapan mata dalam dua saingan terakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya