Serena menangis tinggalkan gelanggang - Utusan Malaysia

Serena menangis tinggalkan gelanggang

SERENA Williams menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan yang memaksanya menarik diri pada pusingan pertama Wimbledon hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Impian legenda tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams untuk merangkul kejuaraan Wimbledon buat kali kelapan dan menyamai rekod 24 gelaran Grand Slam milik Margaret Court berakhir dengan tangisan hari ini.

Pemain berusia 39 tahun itu sedang mendahului 3-1 di set pertama ketika berdepan Aliaksandra Sasnovich dari Belarus sebelum kakinya terkehel dan dia terpaksa mendapatkan rawatan.

Serena bagaimanapun kembali ke gelanggang untuk meneruskan permainan, namun menghentikan perlawanan pada kedudukan 3-3 sebelum meninggalkan gelanggang utama bersama tangisan.

Ini kali pertama Serena terkeluar pada pusingan pembukaan di Wimbledon, dan ketiadaannya mengurangkan seri kejohanan tenis tertua dunia itu selepas juara 2019, Simona Halep dan bintang Jepun, Naomi Osaka tidak mengambil bahagian.

ADRIAN Mannarino memegang lutut menahan sakit selepas terjatuh ketika menentang Roger Federer pada pusingan pertama Wimbledon di London hari ini. – AFP

Sementara itu dalam saingan perseorangan lelaki, juara lapan kali, Roger Federer mengakui, dia bertuah lawannya, Adrian Mannarino menarik diri ketika permainan sedang berlangsung sengit dan terikat 6-4, 6-7 (3/7), 3-6, 6-2.

Pemain Perancis, Mannarino terjatuh di set keempat dan meskipun telah mendapatkan rawatan, dia sukar untuk bergerak serta menahan kesakitan.

“Dia pemain yang lebih baik dan boleh memenangi perlawanan ini, saya sangat bernasib baik,” kata Federer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya