Aksi babak pertama Harimau Malaya kurang meyakinkan - Utusan Malaysia

Aksi babak pertama Harimau Malaya kurang meyakinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Senjata’ baharu yang dibawa Malaysia, Guilherme de Paula tenggelam dalam 45 minit pertama permainan, yang menyaksikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menguasai permainan untuk mendahului 1-0 menerusi penyerang sensasinya, Ali Mabkhout.

Kurangnya kreativiti di bahagian tengah dan beberapa kesilapan pertahanan Harimau Malaya dihukum oleh Mabkhout yang menerima hantaran jauh sebelum mudah menewaskan pertahanan negara, Aidil Zafual Abd. Radzak dan penjaga gol, Farizal Marlias.

Penjaga gol UAE, Ali Khasif tidak banyak diuji, sebaliknya tuan rumah mengatur gerakan-gerakan dan beberapa percubaan yang hampir menghukum Malaysia di awal permainan, mujurkah Farizal berjaya menyelamatkan keadaan untuk Malaysia tidak dihukum lebih teruk.

Statistik menunjukkan UAE menguasai 69 peratus permainan, kebanyakan menerusi hantaran-hantaran pendek dan sesekali tendangan jauh, manakala Malaysia sekadar menguasai 31 peratus perlawanan.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe perlu bekerja lebih keras pada babak kedua jika mahu mengutip mata daripada aksi di Stadium Zabeel, Dubai dan memperbaiki kedudukan dalam Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya