Verstappen takluk GPMonaco - Utusan Malaysia

Verstappen takluk GPMonaco

MAX Verstappen (duduk tengah) meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Monaco bersama pasukan Red Bull di litar jalanan Monaco hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO: Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen memanfaatkan peluang ketiadaan Charles Leclerc apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco Formula Satu, sebentar tadi.

Pemandu Ferrari, Leclerc yang menghangatkan suasana menjelang saingan setelah menyambar petak pertama bagaimanapun gagal memulakan perlumbaan susulan kerosakan pada kotak gear.

Kejayaan tersebut menyaksikan Verstappen merampas kedudukan teratas pemandu dunia dengan105 mata, selepas pendahulu sebelum ini, Lewis Hamilton sekadar menamatkan cabaran di tangga ketujuh.

Juara dunia F1 tujuh kali, Hamilton, yang juga telah memenangi tiga GP musim ini bagaimanapun dipisahkan empat mata untuk menduduki tangga kedua dalam carta keseluruhan.

“Sangat istimewa untuk menang di sini dan ini kali pertama saya menaiki podium di Monaco. Pada perlumbaan di sini, saya akui anda perlu fokus dan tidak boleh melakukan kesilapan.

“Perkara utama adalah taktikal hentian pit untuk menukar tayar. Apabila saya lihat pasukan lain mula menukar tayar lebih awal ia memudahkan saya untuk menguasai perlumbaan ini.

“Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini,” kata Verstappen yang mencatat kemenangan keduanya selepas GP Emilia Romagna pada 18 April lalu.

Meskipun Ferrari kecewa dengan masalah tersebut, namun pasukan Itali itu boleh tersenyum apabila Carlos Sainz menghadiahkan podium pertama mereka apabila mengakhiri cabaran di tempat kedua. – AGENSI

KEDUDUKAN PEMANDU DUNIA
(selepas 5 perlumbaan)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.