Litar Mugello ragut nyawa pelumba remaja Switzerland - Utusan Malaysia

Litar Mugello ragut nyawa pelumba remaja Switzerland

JASON DUPASQUIER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUGELLO, Itali: Pelumba Moto3 Switzerland, Jason Dupasquier meninggal pada usia 19 tahun akibat kecederaan yang dialami selepas terlibat dalam kemalangan ketika beraksi pada sesi kelayakan Grand Prix Itali semalam, menurut penganjur MotoGP dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami sangat sedih mengumumkan kematian Jason Dupasquier.

“Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, simpati dan sayang kami buat keluarga beliau dan insan-insan tersayang. Anda pasti akan dirindui Jason. Pergilah dengan tenang,” kata MotoGP dalam Twitter.

Hospital Careggi di Florence yang merawat Dupasquier mengesahkan pelumba remaja itu mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan di Mugello semalam.

Dupasquier yang beraksi pada musim keduanya dalam Moto3, terjatuh dan kemudian dilanggar oleh sekurang-kurangnya sebuah motosikal sebelum terseret di atas litar.

BARISAN pelumba memberi penghormatan kepada Jason Dupasquier. – AFP

Doktor kemudian bergegas ke tempat kejadian dan setelah lebih 40 minit memeriksanya, dia dibawa ke hospital.

Menurut jurucakap hospital, Dupasquier menjalani pembedahan di bahagian dada untuk ‘lesi vaskular’ dan mengalami kecederaan teruk di kepala.

Badan motosikal dunia, FIM, Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak komersial MotoGP, Dorna mengeluarkan kenyataan bersama mengenai insiden tragis itu.

“Susulan insiden buruk dalam sesi kelayakan kedua Moto3 di Grand Prix Itali, kami dengan amat sedih memaklumkan bahawa pelumba Moto3, Jason Dupasquier meninggal dunia,” tulis kenyataan itu.

JASON Dupasquier digegaskan ke hospital menaiki helikopter selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi kelayakan Grand Prix Itali di Litar Mugello semalam sebelum disahkan meninggal dunia hari ini. – AFP

Menurut kenyataan tersebut, petugas perubatan tiba di lokasi kemalangan untuk memberi rawatan segera sebelum dia digegaskan ke hospital.

“Walaupun pasukan perubatan litar berusaha keras untuk menyelamatkan pelumba Switzerland itu, pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa Dupasquier mengalami kecederaan yang teruk,” menurut kenyataan itu lagi.

Pasukan Dupasquier, Pruestel GP menarik diri daripada perlumbaan hari ini dan tindakan sama diambil pelumba Moto2 Switzerland, Tom Luthi yang sepatutnya beraksi bersama pasukan SAG Racing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya