Kedah, JDT bertarung tanpa penonton - Utusan Malaysia

Kedah, JDT bertarung tanpa penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Hasrat penyokong Kedah untuk bersorak buat pasukan mereka apabila menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa depan tidak kesampaian apabila pertembungan Liga Super itu bakal diadakan secara tertutup.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, keputusan tersebut diambil ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Setar iaitu lokasi terletaknya stadium berkenaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) pengelolaan perlawanan tanpa penonton bagi kawasan PKP kini diaktifkan semula susulan pengumuman dibuat kerajaan semalam.

“Justeru tiada jualan tiket dibenarkan dan tiket-tiket yang telah terjual akan dibayar balik oleh pihak TicketHotline International,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kota Setar antara lima daerah di negeri ini yang dilaksanakan PKP selain Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.

Pelaksanaan PKP di kelima-lima daerah itu bermula akan berlangsung dalam tempoh 14 hari bermula hari ini hingga 14 Mei depan.

Ab. Ghani menambah, MFL dalam masa sama akan mengetatkan pematuhan SOP dan tahap disiplin gelembung sukan kepada pegawai serta pemain kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan serta petugas berkaitan.

Menurutnya kesemua mereka perlu melakukan ujian Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen, sehari sebelum atau pada hari perlawanan.

“Semua itu akan berjalan di sepanjang tempoh PKP hingga perkembangan terbaru diumumkan kerajaan kelak

“Saya berharap agar semua pihak terlibat akan terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta kelancaran saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya