Cools sertai Harimau Malaya Isnin ini? - Utusan Malaysia

Cools sertai Harimau Malaya Isnin ini?

DION COOLS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyokong bola sepak Malaysia amat teruja apabila Harimau Malaya dikaitkan dengan pemain kelab Superliga Denmark, FC Midtjylland, Dion Cools yang dikatakan bakal melapor diri Isnin ini.

Spekulasi bertiup kencang selepas Midtjylland mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Cools, 25, yang dilahirkan di Kuching dan berdarah kacukan Belgium-Malaysia mendapat panggilan skuad kebangsaan bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan.

Kenyataan itu kemudian tersebar di media sosial dengan ada yang mendakwa bek kanan tersebut akan membantu menguatkan benteng pertahanan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe yang dilihat agak rapuh ketika ini.

KENYATAAN yang dikeluarkan kelab Denmark, FC Midtjylland.

Begitupun, Midtjylland kemudian memadam kenyataan tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan apakah perkara itu benar atau berlaku kesilapan teknikal.

Justeru, penyokong Harimau Malaya ketika ini masih ternanti-nanti kenyataan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai kesahihan berita berkenaan.

Pengurus pasukan kebangsaan yang juga Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

Harimau Malaya akan bertemu tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Zabeel, Dubai pada 4 Jun diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum (12 Jun) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum (16 Jun).

Selepas lima perlawanan setakat ini, Vietnam menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan 11 mata diikuti Malaysia (9), Thailand (8), UAE (6) dan Indonesia (0).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya