Verstappen akhirnya kalahkan Hamilton - Utusan Malaysia

Verstappen akhirnya kalahkan Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMOLA: Pelumba Red Bull, Max Verstappen memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna yang dibayangi kemalangan sebentar tadi, dengan juara bertahan, Lewis Hamilton dari Mercedes di tempat kedua.

Saingan di litar Imola itu menyaksikan Verstappen yang memenangi perlumbaan pertamanya musim ini, unggul dengan catatan masa 2 jam 2 minit 34.598 saat.

Pelumba Britain, Hamilton yang bangkit daripada kesilapan ketika perlumbaan, berjaya menamatkan saingan 22 saat di belakang Verstappen.

Saingan di atas trek kering basah itu menyaksikan ia diberhentikan sementara di tengah perlumbaan susulan kemalangan antara Valtteri Bottas dan George Russel.

Max Verstappen

Lando Norris dari McLaren melengkapkan podium apabila menamatkan perlumbaan 23.702 saat di belakang Verstappen.

“Ia sangat mencabar dalam saingan tadi terutama pada awal saingan. Saya fikir kami telah bekerjasama dengan baik untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

“Bagaimanapun saya mengalami sedikit masalah semasa memulakan saingan, tetapi tidak mengapa.

“Perjalanan masih jauh dan saya mahu kekalkan momentum sebegini dan sentiasa tenang,” kata pelumba dari Belanda, Verstappen selepas tamat perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.