Seorang lagi pemain badminton positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Seorang lagi pemain badminton positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lagi pemain badminton kebangsaan disahkan positif Covid-19 hari ini, sekali gus menyaksikan 15 kes keseluruhan dicatatkan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Utusan Malaysia difahamkan, kes terbaharu melibatkan pemain pelapis dan berpunca daripada jangkitan terawal yang dicatatkan di ABM.

ABM mencatat kes pertama Covid-19 pada 17 April lalu apabila enam pemain disahkan positif dipercayai berpunca dari jangkitan yang dibawa seorang atlet yang bertemu rakannya di luar.

Selasa lalu, lapan lagi kes dikesan melibatkan pemain pelapis. BAM percaya, kes berpunca dari jangkitan pertama.

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjalankan ujian ketiga melibatkan 91 atlet, jurulatih dan kakitangan sokongan ABM di Bukit Kiara semalan.

“Daripada semua ujian yang dijalankan, hanya seorang diuji positif.

“Semua atlet dan pegawai yang berpangkalan di ABM akan terus menjalani pengasingan kendiri di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementeria Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN),” kata BAM dalam satu kenyataan hari ini.

BAM akan terus bekerjasama dengan KKM dan mengikut segala garis panduan serta keselamatan yang ditetapkan di pusat latihan badminton kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya