Real Madrid jaguh El Clasico - Utusan Malaysia

Real Madrid jaguh El Clasico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Zinedine Zidane memuji anak-anak buahnya ketika Real Madrid menumpaskan Barcelona 2-1 dalam aksi El Clasico kedua musim ini, malah percaya mereka sepatutnya boleh meledak gol ketiga atau keempat.

Jaringan Karim Benzema dan Toni Kroos pada babak pertama membolehkan Real merampas kedudukan pendahulu La Liga daripada Atletico Madrid.

Atletico yang berkongsi 66 mata bersama Real bagaimanapun boleh merampas kembali teraju carta jika menewaskan Real Betis hari ini.

TONI Kroos (kanan) meraikan jaringannya bersama Luka Modric.

Barcelona yang meraih gol saguhati menerusi Oscar Mingueza mengekori rapat di tangga ketiga dengan 65 mata.

Dalam perlawanan di Valdebebas yang dibasahi hujan pagi tadi, dua-dua pasukan mempamer aksi menarik, malah di waktu kecederaan Real kehilangan Casemiro akibat dibuang padang.

“Ia perlawanan yang rumit. Babak pertama milik kami tapi kami juga bergelut kerana Barcelona pasukan yang amat bagus dan berjaya mencari ruang menggunakan kemahiran teknikal.

“Bagaimanapun kami mencipta banyak peluang dan boleh mendapat gol ketiga atau keempat.

“Perlawanan ini menuntut kekuatan fizikal yang tinggi, malah saya rasa pemain kami sudah mencapai had fizikal mereka,” kata Zidane.

Menurut Zidane biarpun gembira dengan kemenangan itu, namun mereka tidak mahu terlalu seronok kerana banyak lagi perlawanan sukar menanti dan Real belum memenangi apa-apa gelaran.

Bagi pengendali Barcelona, Ronald Koeman, pasukannya masih berada pada kedudukan mencabar kejuaraan dan akan bangkit dalam aksi seterusnya.

“Kami tewas kepada pasukan yang juga bertarung untuk gelaran liga tapi kami masih ada baki lapan perlawanan dan kami akan bertarung hingga penamat,” katanya.

Real berada pada tahap terbaik selepas menewaskan Liverpool 3-1, Rabu lalu di suku akhir pertama Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya