Hadi Fayyadh terpaksa berehat panjang - Utusan Malaysia

Hadi Fayyadh terpaksa berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang skuad bawah 23 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Hadi yang kini bersama kelab liga Divisyen 3 Jepun, Azul Claro Numazu mungkin bakal terlepas baki saingan musim selepas mengalami kecederaan ACL pada kaki kanan ketika menjalani latihan.

Penyerang kelahiran Kuala Lumpur itu baru pulih daripada masalah buku lali, namun kali ini dia mengalami kecederaan lebih serius dan bakal menjalani pembedahan minggu depan di Osaka.

“Hadi memaklumkan kepada saya bahawa dia sedih kerana tidak dapat beraksi bersama pasukan Numazu pada awal musim ini kerana kecederaan ACL di kaki kanannya.

“Dia akan menjalani pembedahan dan rawatan di Jepun, serta akan dibantu sepenuhnya sepanjang sesi pemulihan oleh pasukan Fagiano Okayama dan juga Azul Claro Numazu.

“Hadi juga akan menjalani pembedahan di Osaka minggu hadapan dan tempoh proses pemulihan hanya akan di ketahui selepas pembedahan tersebut berjalan,” kata Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada.

Jelas Hamada lagi, beliau telah berhubung dengan Hadi Fayyad dan pemain itu yakin mampu kembali beraksi pada penghujung musim ini memandangkan liga itu berjalan sehingga Disember.

“Saya telah bercakap dengan Hadi sebelum ini, dia memaklumkan bahawa dalam keadaan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya.

“Dia juga yakin dengan menjalani perubatan di sini dan optimis akan pulih semula untuk beraksi bersama pasukan sebelum musim ini berakhir. Sama-sama kita beri sokongan kepada Hadi supaya dia sentiasa kuat bagi menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya