Badminton dapat 'lampu hijau' berlatih - Utusan Malaysia

Badminton dapat ‘lampu hijau’ berlatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada masalah jika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ingin memulakan latihan skuad senior kebangsaan pada Selasa ini jika tiada pertambahan kes Covid-19 baharu dicatatkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya tidak akan menghalang hasrat BAM itu yang akan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sekiranya semua individu terlibat diuji negatif.

“Saya tiada halangan setelah mereka didapati ‘clear’ dalam ujian pengesanan Covid selain semuanya sudah disanitasi.

“Kita nak maklumkan bahawa penularan ini datang dari luar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasiliti latihan e-sukan di Casa 1, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di sini, semalam.

Selepas enam pemain di ABM dijangkiti Covid-19 minggu lalu, BAM sekali lagi dikejutkan dengan pertambahan lapan lagi pemain pelapis setelah positif dalam ujian calitan pada Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, seramai 14 pemain yang didapati positif di ABM telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang, dengan empat daripada mereka dibenarkan pulang semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa Persekutuan Renang Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga ketika menyertai kejohanan Piala Dunia Terjun yang akan bermula 1 hingga 6 Mei ini.

“Tujuan mereka pergi ke sana untuk mendapatkan kelayakan ke Sukan Olimpik, terutama bagi bekas juara dunia, Cheong jun Hoong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.