Agong berkenan terima raket istimewa Zii Jia - Utusan Malaysia

Agong berkenan terima raket istimewa Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima persembahan raket yang dipakai oleh Lee Zii Jia dalam perlawanan akhir All England 2021 di Istana Negara hari ini.

Raket berkenaan digunakan jaguh perseorangan lelaki utama negara itu ketika menumpaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen dalam final di Birmingham bulan lalu.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyaksikan pingat yang dimenangi Zii Jia serta bulu tangkis perlawanan akhir kejohanan badminton tertua di dunia itu, selain plak kejuaraan Terbuka Switzerland 2021 yang dimenangi beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri jamuan teh bersama pasukan badminton negara yang beraksi dalam kejohanan All England 2021.

Seri Paduka Baginda berdua disambut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Selain Zii Jia dan gandingan Pearly-Thinaah, turut hadir beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan satu lagi beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya