fbpx

16 Oktober 2021, 9:40 am

  TERKINI

Zii Jia ke final All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Selepas kandas di separuh akhir tahun lalu lalu, Lee Zii Jia menebus kehampaan dengan melangkah ke final badminton All England di Birmingham sebentar tadi.

Menang mudah di set pembukaan, perseorangan lelaki No. 1 negara itu bagaimanapun dipaksa berhempas pulas di set kedua sebelum menang 21-13, 21-17 ke atas Mark Caljouw dari Belanda.

Zii Jia, 23, pilihan keenam kejohanan kini bakal berdepan pemain No. 2 dunia dan penyandang juara dari Denmark, Viktor Axelson.

Axelson yang mengalahkan Zii Jia dalam separuh akhir All England tahun lalu mara selepas menewaskan rakan senegara, Anders Antonsen 16-21, 21-7, 21-17.

Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Zii Jia yang mengejutkan pemain No. 1 dunia, Kento Momota pada suku akhir semalam berpeluang untuk menamatkan penantian tersebut dalam saingan akhir esok.

POPULAR

KOSMO! TERKINI