Tze Yong ke separuh akhir Terbuka Poland - Utusan Malaysia

Tze Yong ke separuh akhir Terbuka Poland

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Poland, sebentar tadi.

Aksi di Hala Widowiskowo-Sportowa itu menyaksikan, pemain muda negara itu terpaksa beraksi hingga tiga set sebelum menewaskan Daniel Nikolov dari Bulgaria, 23-25, 21-13, 21-8.

Bagaimanapun, persembahan Tze Yong dilihat kurang meyakinkan apabila kerap melakukan kesilapan bagi memberikan mata mudah kepada lawannya selain terlalu gopoh untuk menamatkan permainan khususnya pada set pertama sehingga memakan diri.

Keputusan itu menyaksikan Tze Yong berkemungkinan besar akan bertemu rakan senegara, Leong Jun Hao di separuh akhir andainya dia menang ke atas pilihan kelima dari Sepanyol, Luís Enrique Penalver, sebentar nanti.

Sementara itu, perseoranan wanita negara, Eoon Qi Xuan gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari Estonia, Kristin Kuuba dengan keputusan 21-18, 19-21, 17-21 dalam aksi bertaraf Cabaran Antarabangsa itu.

Turut beraksi hari ini ialah Aidil Sholeh Ali Sadikin yang akan turun bertemu Michal Rogalski dari Poland dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang akan berdepan pilihan kedua dari Sepanyol, Paulo Albian.

Pasangan beregu lelaki, Chang Yee Jun-Chia Wei Jie dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta beregu campuran, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei akan turun beraksi petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.