Tuntutan gaji 5 bekas pemain tak adil - Zamsaham - Utusan Malaysia

Tuntutan gaji 5 bekas pemain tak adil – Zamsaham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC menegaskan tidak timbul sebarang isu tuntutan gaji yang dibuat lima bekas pemain bekas pasukan itu pada musim lalu menerusi aduan rasmi dari Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM).

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, tuntutan dibuat lima pemain itu disifatkan tidak adil kepada rakan-rakan sepasukan lain yang telah bersetuju dengan pemotongan sebanyak 50 peratus.

Menurutnya, lima tonggak itu hanya bermain selama sembilan hari dan tidak beraksi penuh.

“Pasukan bola sepak terkemuka dunia seperti Barcelona turut mengambil langkah yang sama susulan serangan pandemik Covid-19 sehingga membuat penolakan hampir 70 peratus.

“Itu kelab kaya. Kalau macam saya kena jual macam-macam seperti Zamburger dan Unclezam Rice untuk tampung kelab,” katanya menerusi entri laman sosial Facebook miliknya hari ini.

ENTRI Facebook Norizam Tukiman.

Lima pemain yang membuat tuntutan menerusi PFAM ialah Nazrin Nawi, Mohd. Farisham Ismail, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Masaki Watanabe membabitkan tunggakan gaji bagi November tahun lalu berjumlah RM158,857.

Norizam atau Zamsaham memberitahu, Kelantan FC ‘terkilan’ apabila 90 pemain sudah bersetuju ada beberapa tonggak menolak perkara tersebut.

Katanya, Kelantan FC sudah menghubungi pemain tersebut sudah mengemukakan rayuan namun mereka berkeras mahu mahukan bayaran penuh.

“Seperti yang saya maklumkan pada 5 Mac lalu, kami (Kelantan FC) tiada masalah untuk membuat bayaran penuh kepada lima bekas pemain tersebut setelah ‘legal consel’ kami meneliti dari pelbagai aspek.

“Insya-Allah di masa depan Kelantan FC tidak ada masalah nak bayar gaji pemain. Jika ada yang tak dapat gaji bukanlah kelab bermasalah,tetapi pemain (ada masalah),” ujarnya.

Pakar pelaburan dan usahawan burger itu berkata, ramai yang tidak tahu selepas mengambil alih pasukan Kelantan pada 3 September tahun lalu dia berkeras mahu membayar terus gaji pemain sedia tanpa melalui Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana memikirkan kesusahan pemain yang sudah berbulan-bulan tidak dapat gaji.

Katanya, Kelantan FC sendiri bakal jadi pasukan Perlis kerana tidak kurang 200 orang pemain skuad utama hingga Piala Presiden yang membuat tuntut hutang.

“Bila ambil alih pasukan, barulah saya faham tidak semua pemain (bola) tahu erti terima kasih jauh lagi perkataan tolak ansur.

“Ada pemain yang selalu mengalami kecederaan, kena kad merah, masalah sikap…takkanlah nak dibayar gaji penuh.

“Maka saya perkenalkan sistem Indek Petunjuk Prestasi (KPI). Yang cemerlang, kita anugerahkan sesuatu. Mereka yang tidak cemerlang kita minta tingkatkan mutu dan kualiti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.