Pearly-Thinaah juara Terbuka Switzerland - Utusan Malaysia

Pearly-Thinaah juara Terbuka Switzerland

PEARLY TAN-M. THINAAH (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah muncul juara kejohanan badminton Terbuka Switzerland selepas menundukkan pilihan ketiga dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Basel itu, pasangan muda negara itu bagaimanapun hampir tewas pada set pertama meskipun mendahului 11-3 pada awal permainan sebelum lawan mereka bangkit untuk menyamakan kedudukan 14-14.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah berjaya menampilkan aksi meyakinkan untuk meraih kemenangan 21-19 pada set pertama.

Pada set kedua, mereka mendahului permainan 6-2 sebelum lawan mereka bangkit untuk menjadikan kedudukan 10-10.

Gandingan muda negara itu akhirnya berjaya menemui rentak kemenangan untuk menamatkan permanan 21-12 bagi mengesahkan kejuaraan pertama mereka di kejohanan berstatu Super 300 itu buat kali pertama tahun ini.

Keputusan itu dijangka membolehkan Pearly-Thinaah melonjakkan kedudukan mereka dari kedudukan ke-30 ke dalam senarai 20 terbaik dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya