‘Misi kita Olimpik, bukan Australia’ - Utusan Malaysia

‘Misi kita Olimpik, bukan Australia’

SHAH FIRDAUS SAHROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menegaskan, kejayaan mengejutkan pelumba senior, Azizulhasni Awang dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Kebangsaan Australia kelmarin tidak terlalu mengujakannya.

Kata pelumba berusia 26 tahun itu, kejohanan itu hanya platform buatnya mengasah teknik kerana apa yang penting adalah keputusan dalam Sukan Olimpik di Tokyo, Julai nanti.

“Macam saya cakap sebelum ini, menang atau kalah bukan perkara penting bagi kami.

“Kami di sini nak ambil peluang berlumba di Australia sebagai latihan dan persediaan ke Tokyo.

“Sebab buat masa sekarang, kami tidak boleh pergi ke mana-mana untuk berlumba, jadi ini adalah peluang terbaik.

“Di sini, memang jurulatih (John Beasley) cakap nak saya cuba untuk pecutan jarak jauh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Shah Firdaus menjuarai acara tersebut selepas mengenepikan Azizulhasni ke tangga kedua, manakala pelumba tuan rumah, Matthew Richardson ketiga.

Hujung bulan lalu, Shah Firdaus turut memenangi acara keirin pada Kejohanan Keirin Victoria di Melbourne, Australia dengan Azizulhasni menduduki tempat kedua.

Kelmarin, Azizulhasni menyifatkan rakan sepasukannya itu sebagai ‘Lee Zii Jia dalam sukan berbasikal’, malah melihatnya sebagai prospek pingat emas Sukan Olimpik.

“Shah Firdaus, jika dalam sukan badminton dia seperti Lee Zii Jia. Kalau dalam badminton kita ada Lee Zii Jia, dalam berbasikal trek kita ada Shah Firdaus. Generasi seterusnya.

“Saya lihat kebangkitannya dalam tahun 2020 dan 2021 memang amat bagus. Saya gembira kerana kalau boleh, saya mahukan lebih ramai lagi pelumba sepertinya,” kata Azizulhasni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya