Kesilapan Xhaka hukum Arsenal - Utusan Malaysia

Kesilapan Xhaka hukum Arsenal

REAKSI Granit Xhaka selepas melakukan kesilapan yang menghukum pasukannya ketika menentang Burnley hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURNLEY: Granit Xhaka menyebabkan peluang Arsenal untuk memburu kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris semakin pudar apabila melakukan kesilapan yang membolehkan Burnley mengikat perlawanan 1-1 sebentar tadi.

Pierre-Emerick Aubameyang membantu Gunners bermula langkah kanan menerusi jaringan seawal minit keenam.

Begitupun, Burnley berjaya memperoleh gol penyamaan yang tidak disangka pada minit ke-39 apabila Xhaka merembat bola ke badan Chris Wood sebelum bola melantun menerjah ke gawang Arsenal.

Tidak dapat difahami apa yang cuba dilakukan pemain antarabangsa Switzerland itu, sama ada mahu melakukan hantaran atau mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Yang pasti, kesilapan tidak sepatutnya menyebabkan Arsenal semakin jauh ditinggalkan pasukan tangga keempat, Chelsea dengan sembilan mata di belakang.

Dengan peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan semakin pudar, Arsenal hanya mempunyai satu jalan terakhir jika masih mampu meraih tiket ke saingan kelab elit Eropah iaitu menjuarai Liga Europa.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu akan menentang wakil Greece, Olympiakos dalam aksi pertama, pusingan 16 akhir, Khamis ini.

Gol sendiri Aubameyang membolehkan Burnley menumpaskan Arsenal buat kali pertama sejak 1974 ketika mereka bertemu Disember lalu.0

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya