'Impian sedekad Muzakkir jadi kenyataan' - Utusan Malaysia

‘Impian sedekad Muzakkir jadi kenyataan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Selepas hampir 10 tahun bersaing dalam Cub Prix, Md. Muzakkir Mohamed akhirnya merangkul kejuaraan  kelas perdana buat kali pertama.

Pelumba ONEXOX TKKR Racing Team itu mengungguli saingan CP150 pada pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selatan hari ini.

Muzakkir menamatkan perlumbaan dengan catatan 14 minit 12.181 saat, 0.265s di depan pencabar terdekatnya dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, Md. Izzat Salehan yang merekodkan masa sepusingan terpantas 1:15.190s pada sesi kelayakan CP150 semalam.

MD. MUZAKKIR MOHAMED

“Saya sudah menunggu hampir 10 tahun sejak berkecimpung (dalam Cub Prix).

“Saya pernah menang pada Kejuaraan Motosikal Asia dalam kelas 250 namun kemenangan itu ditarik balik kerana ada kesilapan teknikal.

“Saya sentiasa menunggu saat ini (kemenangan), tunggu untuk menaiki podium tengah bagi menghadiahkan sesuatu kepada keluarga, pasukan, kawan-kawan yang amat mempercayai saya selama ini.

“Mereka sentiasa menunggu (kejayaan) walaupun usia saya hampir 30 tahun tetapi mereka kata ‘Muz masih ada di situ, masih mempunyai api dalam diri dan Muz memang buat semua ini untuk semua orang yang berada di belakang Muz,” kata Muzakkir.

Muzakkir yang memulakan karier Cub Prix dalam saingan Pro Am dan pernah memenangi perlumbaan tersebut berkata, kemenangan dalam kelas perdanamenjadi penyuntik semangat bagi merebut gelaran juara keseluruhan.

Katanya, kelebihan dan pengalaman dimiliki dalam perlumbaan di litar besar seperti SIC bakal memberi manfaat kepada dirinya dengan kalendar musim ini banyak berlangsung di litar kebangsaan Malaysia itu.

Musim lalu, Muzakkir, 29, menamatkan kempen ndi tangga ketiga keseluruhan dengan 81 mata, ketinggalan 55 mata di belakang penghuni kedua, Azroy Hakeem Anuar dan 62 mata di belakang juara, Md Helmi Azman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya