fbpx

2 Mac 2021, 12:06 pm

  TERKINI

United tak akan menyerah kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United melakar kemenangan pertamanya dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Newcastle United 3-1 hari ini.

Keputusan seri dengan Everton dan West Brom dalam dua aksi terakhir menyebabkan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Begitupun kemenangan ke atas Newcastle menghidupkan harapan Red Devils untuk kembali mencabar kejuaraan.

Marcus Rashford memecah kebuntuan dengan membuka jaringan pada minit ke-30, namun Newcastle menyamakan kedudukan menerusi rembatan separuh voli, Allan Saint-Maximin enam minit kemudian.

Memasuki babak kedua, United menggandakan asakan dan kembali di depan menerusi Daniel James, minit ke-57 sebelum Bruno Fernandes mengesahkan gol ketiga hasil sepakan penalti.

“Saya tidak mahu mengulangi kata-kata ini banyak kali, semuanya belum berakhir selagi saingan tidak berakhir.

“Banyak pasukan telah membuktikan mereka mampu bertahan dengan hanya fokus kepada diri sendiri.

“Jadi, sebaiknya kami hanya memikirkan tentang permainan sendiri kerana masih banyak perlawanan yang perlu dihadapi,” kata Solskjaer.

Selepas 25 perlawanan, United kini di tangga kedua liga dengan 49 mata, 10 mata ditinggalkan City.

Solskjaer percaya apa saja boleh berlaku dalam baki 13 perlawanan untuk diharungi. – AGENSI