UAE venue terbaik untuk semua pasukan - Utusan Malaysia

UAE venue terbaik untuk semua pasukan

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyifatkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara venue terbaik menjadi tuan rumah bagi baki aksi Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun ini, yang akan dijalankan secara karnival.

Pendapat itu disuarakan Presiden Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin bahawa antara kelima-lima pasukan dalam kumpulan ini mungkin boleh dikatakan UAE antara pilihan terbaik untuk menjadi tuan rumah.

Katanya, hampir semua rakyat negara itu telah menerima vaksin Covid-19, selain UAE juga turut menjadi tuan rumah bagi penganjuran ­Piala Asia edisi 2019 sekali gus menyaksikan negara itu mempunyai fasiliti terbaik.

Bagaimanapun, Hamidin menyerahkan keputusan penuh kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membuat keputusan menentukan venue terbaik untuk kebaikan buat semua pasukan.

“Saya fikir mungkin UAE, Vietnam dan Thailand akan memohon (menjadi tuan rumah). Tetapi kita tahu diantara kelima-lima ini, UAE dilihat antara yang terbaik kerana rakyat mereka hampir kesemua telah menerima vaksin.

“Apa pun, kita serahkan keputusan kepada AFC untuk menentukan di mana venue yang akan kita bermain secara karnival pada Jun ini. Kita ingin habiskan tiga lagi baki perlawanan kelayakan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya