Tuchel berang bintang 'lemau' - Utusan Malaysia

Tuchel berang bintang ‘lemau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA, namun Thomas Tuchel tidak gembira dengan aksi kurang bersemangat yang dipamerkan bintang mereka ketika mengalahkan Barnsley 1-0 hari ini.

Jaringan Tammy Abraham yang menyempurnakan hantaran Reece James pada minit ke-64 memastikan Blues mara ke peringkat lapan terbaik.

Bagaimanapun pengurus pasukan kecewa melihat prestasi pasukan yang sepatutnya boleh beraksi lebih baik menentang kelab yang sekadar menghuni tangga ke-13 dalam Liga Kejuaraan.

TAMMY Abraham (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

“Kami patut bermain lebih baik daripada ini, saya jangkakan yang lebih bagus.

“Kalau kamu hilang rentak dan keyakinan diri, dan menunjukkan kelemahan itu di atas padang, ia tidak bagus.

“Lawan kami adalah pasukan yang beraksi dalam perlawanan terhebat dalam karier mereka, jadi sikap kami hanya mengundang risiko,” kata Tuchel.

Kata Tuchel, dia menukar empat pemain pertahanan dan mengeluarkan Marcos Alonso atas sebab taktikal, manakala Andreas Christensen diketepikan kerana sakit kepala.

Chelsea kini akan berdepan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Sheffield United pada suku akhir, 20 Mac nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya