Indonesia kaji semula tadbir urus pekerja asing

Indonesia kaji semula tadbir urus pekerja asing

MA'RUF AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin berkata Kementerian Penyelarasan Ekonomi memulakan kajian semula prinsip tadbir urus yang dilaksanakan dalam penempatan dan perlindungan pekerja asing negara itu.

“Kami berharap usaha ini akan memperkukuh peranan kerajaan dalam menjamin setiap rakyat mendapat hak untuk bekerja di luar negara demi kesejahteraan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa perhimpunan maya Aidilfitri bersama pekerja asing Indonesia di Singapura dan 12 negara lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, kerajaan akan terus meluaskan ruang kepada pekerja produktif Indonesia untuk mendapatkan pekerjaan yang layak di luar negara.

Selain usaha berterusan kerajaan, beliau berkata, pengurusan semasa pekerja asing Indonesia masih menghadapi masalah berkaitan aspek seperti kekurangan kemahiran dan latihan, pelanggaran peraturan penempatan pekerja, dan ketiadaan perlindungan untuk keluarga mereka.

Justeru tegasnya, usaha untuk terus memperbaiki keadaan diperlukan dengan mengkaji semula penempatan dan perlindungan pekerja asing Indonesia.

Dalam pada itu, Ma’ruf turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada golongan pekerja migran atas usaha keras dan sumbangan mereka.

“Pekerja migran yang bekerja di negara luar sudah tentu menghadapi halangan seperti berpisah dengan rumah dan keluarga, perbezaan budaya serta risiko di tempat kerja. Keadaan ini memerlukan keazaman dan ketabahan yang luar biasa,” katanya dipetik Antara News.

Beliau turut mengingatkan semua warga Indonesia yang bekerja di luar negara supaya sentiasa mematuhi peraturan di negara mana sahaja mereka tinggal.

“Bijaklah dalam menyesuaikan diri dan terus menjaga imej baik Indonesia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini