fbpx

6 Mac 2021, 1:48 pm

  TERKINI

Projek Stadium Ragbi bernilai RM17 juta di landasan terbaik

SHAHRUL Zaman Yahya (kiri) bertemu Muhammad Azmi Mohd. Zain dalam kunjungan ke Perbadanan Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Stadium Ragbi Negara di Putrajaya berada di landasan terbaik dan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan memberi komitmen penuh dalam segenap aspek bagi merealisasikan pembinaan stadium tersebut.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, jaminan itu diberikan oleh Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain ketika mengadakan kunjungan hormat ke PPj semalam.

“Presiden PPj akan memberi komitmen untuk membantu semua aspek bagi menyelesaikan pembinaan stadium,” kata Shahrul Zaman dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kerajaan sebelum ini meluluskan pembinaan stadium ragbi bernilai RM17 juta yang bakal menjadi ‘rumah’ kepada skuad kebangsaan, selain mercu tanda sukan itu di Malaysia.

SHAHRUL Zaman Yahya (dua dari kanan) turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Noraini Ahmad (dua dari kiri).

Stadium sulung ragbi negara yang bakal dibina di Presint 13, Putrajaya mampu menampung sehingga 5,000 penonton dalam satu masa dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gimnasium, pusat rawatan, ruang komersial serta padang latihan yang akan dibina secara berperingkat.

Shahrul turut mengadkan dengan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bagi membincangkan cadangan mengadakan Liga Super Varsiti – satu liga kesinambungan kepada kejohanan Super 8 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Dalam pertemuan itu, beliau mencadangkan mengenai pengambilan pemain atau pelajar dari negara seperti Fiji serta kepulauan yang lain untuk ditempatkan di politeknik bagi projek Ragbi Piala Dunia.

“Secara prinsipnya, KPT bersetuju untuk memberikan tempat kepada pemain atau pelajar daripada Fiji atau negara-negara kepulauan yang lain untuk mereka bermain di Malaysia dan selepas lima tahun sekiranya layak, boleh mewakili pasukan kebangsaan,” kata Shahrul.