Perak II tidak terkubur - Utusan Malaysia

Perak II tidak terkubur

PASUKAN Perak II akan meneruskan perjuangan musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak II tidak akan terkubur, namun perjuangan mereka dalam Liga Perdana musim ini terpaksa diteruskan tanpa tenaga import.

Malah, kurang tiga minggu sebelum Liga Malaysia (Liga M) membuka tirai, isu tunggakan gaji juga sudah dilunaskan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), sekali gus menangkis dakwaan hutang RM3.8 juta masih belum selesai.

“Alhamdulillah pasukan ­Perak FC II dapat dikekalkan dan akan beraksi dalam Liga Perdana bermula Mac ini selepas kita mengatasi beberapa kekangan.

“Bagaimanapun pasukan ini akan berteraskan untuk pembangunan.

“Justeru, tiada pemain import, sebaliknya ia medan pendedahan pemain muda tempatan,” kata Ahli lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed kepada Mingguan Malaysia semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan ­Negeri itu, Perak II akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Syamsul Mohd. Saad.

“kita sudah menandatangani kontrak Syamsol dan dia akan memulakan tugasan bagi membuat persiapan untuk menghadapi kempen Liga M,” katanya.

Sebelum ini khabar angin bertiup kencang bahawa pasukan feeder Perak itu akan ‘ditutup’ gara-gara kemelut kewa­ngan.

Sementara itu, Khairul Shahril juga menjelaskan tunggakan gaji sebulan setengah pemain dan pegawai Pafa berjumlah RM3. 8 juta sudah diilunaskan.

“Tiada lagi tunggakan gaji November (separuh) dan ­Disember (penuh) . Ia sudah dilunaskan. Cuma kini kita sedang berusaha membayar gaji bulan Januari,” katanya.

Beliau berharap dengan penjelasannya itu dapat menghapuskan isu mengenai pembayaran tunggakan itu.

“Saya tidak tahu dari mana mereka dapat maklumat me­ngenai gaji belum dibayar itu.

“Saya akui diperingkat awal ada sedikit masalah menyebabkan berlaku kelewatan, bagaimanapun ia telah dibereskan, “ ujarnya.
Perak II akan membuka tirai Liga Perdana dengan bertemu Kelantan FC pada 6 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya