Osaka juara Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Osaka juara Terbuka Australia

NAOMI Osaka meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Australia selepas mengalahkan Jennifer Brady di Melbourne hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pemain No. 3 dunia, Naomi Osaka membuktikan dia sudah bersedia merampas gelaran ‘pemain tenis terbaik generasi baharu’ apabila menjuarai Terbuka Australia buat kali kedua dengan menumpaskan Jennifer Brady, hari ini.

Bintang muda Jepun itu merangkul kejuaraan Grand Slam keempat dalam kariernya selepas menang 6-4, 6-3 ke atas pencabar dari Amerika Syarikat (AS), Brady yang beraksi di pentas akhir buat kali pertama.

Brady, 26, cuba memberi tentangan di set pertama yang berlangsung selama 41 minit, namun pemain No. 3 dunia, Osaka, 24, terlalu sukar digugat.

Ini kejuaraan Terbuka Australia kedua buat Osaka selepas menang pada 2019, sekali gus melebarkan rekod pertemuan ke atas Brady kepada 3-0.

“Aksi hari ini amat mencabar, terutama berdepan pemain hebat dan konsisten seperti Brady, tahniah.

“Kami pernah bertemu sebelum ini dan saya kami akan bertemu lebih kerap lagi di masa akan datang. Saya nantikan detik itu,” kata Osaka.

Osaka sebelum itu mara ke final selepas menundukkan idolanya, Serena Williams 6-3, 6-4 pada separuh akhir, manakala Brady mara selepas menyingkirkan Karolina Muchova dari Republik Czech dengan 6-4, 3-6 dan 6-4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya