Naomi tepati ramalan ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Naomi tepati ramalan ke separuh akhir

NAOMI Osaka membalas pukulan Hsieh Su-wei pada suku akhir Terbuka Australia di Melbourne hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bintang Jepun, Naomi Osaka menepati ramalan melangkah ke separuh akhir tenis Terbuka Australia selepas mudah mengenepikan Hsieh Su-wei dari Taiwan 6-2, 6-2  sebentar tadi.

Pemain No. 3 dunia dan juara Grand Slam tiga kali itu mencatat kemenangan ke-19 berturut-turut, sekali gus bakal berdepan pemenang di antara dua bekas pemain No. 1 dunia, Serena Williams dari Amerika Syarikat atau Simona Halep dari Romania yang akan berentap pada pukul 4 petang ini.

“Saya tenang dan gembira dengan permainan hari ini.

“Biasanya say tidak suka melihat undian tetapi semua orang di sini asyik bercakap mengenai perkara itu.

Saya sentiasa teruja untuk bertemu Serena kerana ia pasti amat menyeronokkan,” kata Naomi yang hanya memerlukan 66 minit untuk mengatasi lawan berusia 35 tahun itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya