Kecederaan ramai bintang resahkan Australia - Utusan Malaysia

Kecederaan ramai bintang resahkan Australia

NAOMI OSAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bukan Covid-19 yang menakutkan penganjur tenis Terbuka Australia, sebaliknya kecederaan bintang utama seperti Naomi Osaka, Serena Williams dan Simona Halep menjelang pembukaan kejohanan esok.

Juara bertahan perseo­rangan wanita, Sofia Kenin turut berdepan masalah sama apabila mengalami ketegangan pangkal paha sejurus menjalani tempoh kuarantin dua minggu.

Bekas pemain lelaki No. 1 dunia, Rafael Nadal juga bergelut dengan kecederaan belakang yang memaksanya menarik diri pada separuh akhir Piala ATP kelmarin.

Pemain No. 3 dunia, Osaka dalam ciapannya di Twitter WTA berkata, dia terpaksa menarik diri di separuh akhir Piala Gippsland ekoran kecederaan.

“Maaf kepada Tenis Australia dan peminat kerana terpaksa menarik diri hari ini (semalam).

“Saya mengalami kece­deraan dan tidak selesa, selain Terbuka Australia semakin dekat. Saya perlu berhati-hati dan berharap dapat bermain minggu depan,” kata bintang Jepun itu.

Juara Grand Slam 23 kali, Serena turut menarik diri daripada pertembungan separuh akhir menentang pemain No. 1 dunia, Ashleigh Barty.

SERENA WILLIAMS

Williams, 39, menyingkirkan rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Danielle Collins 6-2, 4-6, 10-6 di Yarra Valley Classic tetapi menarik diri beberapa jam kemudian.

Terdahulu, juara Terbuka Australia dua kali, Victoria Azarenka menarik diri di suku akhir bertemu Anett ekoran.

Dalam pada itu, Sofia berkata, syarat wajib menjalani kuarantin dan sesi latihan terhad menyebabkan dia mengalami kecederaan.

“Selepas dua perlawanan, kaki saya sakit sepenuhnya.

“Anda dapat melihat apabila terpaksa berkurung dalam bilik selama dua minggu, tidak bermain dan berlatih secukupnya.

“Kesannya jelas terasa apabila turun beraksi di gelanggang,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya