Juventus hambat Inter Milan - Utusan Malaysia

Juventus hambat Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Dua jaringan Cristiano Rolando membantu Juventus terus menghambat pendahulu Serie A, Inter Milan apabila menumpaskan kelab tercorot, Crotone 3-0 hari ini.

Penyerang Portugal itu meledak dua gol pada babak pertama untuk Juventus kekal lapan mata di belakang Inter.

Weston McKennie melengkapkan gol ketiga pada pertengahan babak kedua apabila menyepak deras ke gawang selepas menerima hantaran lintang.

Skuad kendalian Andrea Pirlo naik ke kedudukan ketiga, manakala Roma yang hanya satu mata di belakang, seri tanpa jaringan berdepan Benevento semalam.

Mereka juga empat mata di belakang pasukan tangga kedua, AC Milan yang tewas tiga daripada lima perlawanan liga termasuk kekalahan 3-0 di tangan Inter semalam.

Juventus yang mengejar gelaran liga ke-10 berturut-turut masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding Milan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya