Identiti baharu Bos Gaurus - Utusan Malaysia

Identiti baharu Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penyokong memberi respons positif terhadap logo baharu Perak FC yang dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan mencipta logo yang diadakan selepas mendapat nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahli lembaga pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, logo Perak FC baharu itu adalah ciptaan anak Perak dari Kuala Kangsar dan telah dipersembahan kepada Sultan Perak.

Menurutnya, logo yang menang itu meraih hampir 10,000 undi atau 28.4 peratus daripada 35,000 pengundi yang dijalankan secara dalam talian.

“Kita menerima 1,500 penyertaan dalam pertandingan ini dan ia ditapis oleh panel khas yang dilantik termasuk pensyarah dari UiTM.

“Daripada jumlah itu, 10 logo utama disenaraikan untuk undian akhir secara atas talian dan sebanyak 35,000 yang membuat undian.

“Selepas undian berakhir, hampir 10,000 undian atau 28.4 peratus memilih logo ciptaan anak jati Perak yang dibesarkan di Kuala Kangsar, Hafiz Ismail

“Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan barangan rasmi Perak FC manakala sembilan logo lain yang terpilih ke undian akhir akan menerima hadiah sagu hati,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Rizal Ali Naizali.

KHAIRUL Shahril Mohamed (tengah) menunjukkan logo rasmi Perak FC dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. – UTUSAN

Menurut Khairul Shahril, logo yang dipilih pemenang telah dikenalpasti mempunyai keaslian dan unik serta dan menepati ciri reka bentuk masa kini.

“Panel pemilih cuma mengenal pasti 10 logo terbaik dan pemenangnya ditentukan oleh penyokong sendiri, kami tak ubah logo tersebut, usaha menentukan pemenang dan memilih dijayakan oleh penyokong.

“Semangat sebegini tidak ada di negeri lain, hanya ada di Perak,” katanya.

Sebelum ini, isu logo Perak FC yang dikritik hebat oleh penyokong pasukan Perak mendapat perhatian Sultan Nazrin sehingga baginda menasihatkan agar satu pertandingan mencipta logo diadakan.

Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharu itu menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’.

Logo itu menunjukkan imej seekor seladang putih di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning dan selepas itu, ramai mempertikaikan rekaan itu yang dianggap tidak kreatif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya